Tuesday, August 12, 2008

Pengelasan

Sistem Pengelasan Perpuluhan Dewey

Definisi

Mengelas bermakna mengumpulkan bahan-bahan yang sejenis/berkaitan, dan diletakkan setempat/berdekatan.

Jenisnya adalah:
Subjek dan Media


Tujuan Pengkelasan
  • mengesan
  • mencapai
bahan dicari dengan mudah, dengan bantuan yang paling minima dari pustakawan.


DDC - Sistem Pengkelasan Dewey

  • Sejarah sistem:
    • Ciptaan Mevil Dewey 1876
    • Telah disunting beberapa kali
    • Edisi 20 ialah pada 1989
    • Edisi 21 ialah pada 1996
  • Kementerian Pendidikan telah memilih DDC kerana mudah difahami dan kesesuaiannya dengan koleksi sekolah.

Sepuluh Bahagian Utama Dalam DDC
Bahagian Kecil Dari Bahagian Utama

10 Bahagian Utama dengan NOTASI dalam DDC
  • 000 Karya Am
  • 100 Falsafah
  • 200 Agama
  • 300 Sains Sosial
  • 400 Bahasa
  • 500 Sains Tulin
  • 600 Teknologi
  • 700 Kesenian
  • 800 Kesusteraan
  • 900 Geografi & Sejarah

Pembahagian Kecil Dari Bahagian Utama



Pembahagian Lebih Khusus


Pembahagian Lebih Khusus (Contoh)

  • 590 Haiwan
    • 595 Invertebrata
    • 597 Ikan/Ampibia
    • 598 Burung
    • 599 Mamalia

Pembahagian Mengikut Geografi & Sejarah

Geografi Kawasan Sejarah
915 Asia 950
915.9 Asia Tenggara 959
915.95 Malaysia 959.5
915.955 Brunei 959.55


Pembahagian Mengikut Bahasa & Kesusteraan

Bahasa Kesusteraan
  • 420 Inggeris 820
  • 430 German 830
  • 440 Perancis 840
  • 450 Itali 850
  • 460 Sepanyol 860
  • 470 Latin 870
  • 480 Gris 880

Peruntukkan Nombor DDC Untuk Bentuk Penulisan
-01 Falsafah dan teori
-02 Pelbagai (ilustras, direktori, radas)
-03 Kamsu, Insaiklopedia
-04 Tajuk khas
-05 Terbitan bersiri
-06 Organasasi dan pengurusan
-07 Pendidikan, Penyelidikan
-08 Sejarah/huraian mengikut peringkat umur orang
-09 Dari sudut sejarah


Panduan Mengelas
  • Karya itu sendiri
    • jadual kandungan
    • pendahuluan
    • ciri-ciri istimewa
    • teks
    • tajuk
  • Dari punca lain
    • buku rujukan
    • pakar

Langkah Mengelas
  • Pilih nombor DDC berdasarkan
    • tentukan bahagian utama bidang berkenaan
    • dapatkan bahagian kecil
    • pilih nombor yang paling tepat
  • Letakkan bahan di bawah nombor pengkelasan yang anda fikir paling sesuai dan akan dicari oleh ramai orang.
  • Jikal lebih daripada satu perkara atau aspek dibincangkan,
    • Pilih satu nombor pengkelasan yang dapat merangkum semua perkara atau aspek tersebut
    • Pilih perkara yang ditegaskan melalui jumlah muka surat, ataupun perkara yang mencerminkan hasrat penulisnya.
    • Jika dua perkara diberi penekanan yang sama, pilih mana yang disebut dahulu.

Panduan Am Pengelasan

Sesebuah buku atau bahan itu perlulah diberikan nombor pengelasan yang anda fikir paling sesuai dan yang akan dicari oleh ramai pengguna.

Anda hendaklah ada alasan mengapa sesebuah buku atau bahan itu diletakkan pada nombor yang anda pilih itu.


Bahan-bahan Khas

Buku-buku Rujukan biasanya dikelaskankan sebagai satu bahan khas, dan ada peraturan khas untuk meminjamnya. Buku ini biasanya dibezakan daripada koleksi lain dengan menambahkan ‘R’ sebelum nombor pengelasannya.

Nombor pengelasan (DDC) bagi Fiksyen Melayu ialah 899.23. Biasanya sepertiga daripada koleksi PSS di sekolah rendah, ialah fiksyen. Untuk memudahkan kerja, pustakawan boleh menggantikan nombor ‘899.23’ kepada ‘F’.


Bahan Khas (Bentuk Bahan)

Dengan perkembangan teknologi maklumat yang pesat, bentuk media juga turut berubah. Supaya mudah diakses, bahan-bahan seperti keset video, keset audio, cakra padat dan lain-lain perlu dikhaskan kelas dan tempatnya.

Contohnya:

CD782.42 - Cakra padat lagu Melayu

VID591.5 - Pita vedio mengenai Gajah


Nombor Panggilan

  • Nombor Panggilan ialah alamat kepada bahan-bahan dalam pusat sumber.
  • Ia terdiri daripada:
    • Nombor Pengelasan
    • 3 Abjad awal ‘entry utama’.
  • Biasanya ia ditulis / dipaparkan di bahagian bawah tulang (spine) buku.

0 Comments:

blogger templates | Make Money Online